"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," sapa ina lembut sambil membetulkan pakaian Mail. Mail tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Mail mencubit pipi Ina lembut. "Papa, papa, cepat la pa," Fatin dan Aidil meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, papa dah siap ni." Ina hanya tersenyum melihat suaminya melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Mail berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Johor mengambil masa lebih kurang empat jam setengah. Fatin dan Aidil dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Ina. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung,"hati Mail berkata.
Sedikit demi sedikit Mail menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Mail semakin seronok. Mail dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Asam pedas ibunya bagai memanggil-manggil. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Mail cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Mail masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang lena tidur.
"Eh bang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Ina terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laa laju sangat bang, Ina takutlaa." Ina cuba memujuk Mail supaya memperlahankan kenderaannya. "Rilekslaa sayang?takde papelaa," Mail terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.
"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Mail setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Ina tengok abang motong dia aaa...." Mail terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Mail terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!
"Mail....bangun," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Mail membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Ina mane mak? Macammana dengan Ina mak? Fatin, Aidil....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Mail menyoal emaknya. Mail tak dapat menahan kesedihannya lagi. Mail menangis tersedu-sedan di depan emaknya.
Emaknya memandang Mail tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Mail mak, Ina?" Mail masih terus menangis.
PANGGG!!
Kepala Mail yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Mail terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....
...Dan Mail tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!...
HAHAHAHAHA..........
hahaha....dah pndai karang cter karut nmpak... teruskan...aku suke bace ptern camnih...heheh
ReplyDeleteske ke?tq2..hehe...in progress..bz ckit kje..hee
ReplyDelete